Program Pameran Agensi Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan sempena Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2026 bersama YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, telah berlangsung dengan jayanya di Kadamaian, Kota Belud pada 5 Januari 2026.

Tuan Mohd Azmir Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan SOGDC, turut hadir bersama barisan staf. SOGDC merupakan antara agensi di bawah Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Program ini menjadi platform bagi memperkenalkan perkhidmatan agensi kepada masyarakat setempat serta mengeratkan hubungan antara kerajaan dan komuniti, sekali gus memupuk semangat perpaduan dan kerjasama.