Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) menyahut seruan Kerajaan Negeri Sabah yang menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tampil membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Sebagai tanda keprihatinan, Encik Mohd Azman bin Lajim, Pengurus Perhubungan Awam SOGDC, telah mewakili pihak syarikat menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada Pejabat ADUN N.34 Lumadan. Sumbangan ini akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Beaufort yang terjejas akibat bencana tersebut.
Diharapkan sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan serta memberi sedikit kelegaan kepada keluarga-keluarga yang terlibat.
Semoga semua mangsa banjir terus tabah menghadapi ujian ini dan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala.