SOGDC telah mengambil bahagian dalam Carnival STEM SK Dandun Pitas, di mana Encik Yaakob bin Mahmood, Pengurus Kumpulan Teknikal Dan Perkhidmatan Profesional telah menyampaikan sesi motivasi kepada pelajar-pelajar yang penuh semangat.
Majlis ini disempurnakan oleh YBhg Datuk Harun bin Haji Ismail, Pengarah Urusan/ ketua Pegawai Eksekutif SOGDC dan pada majlis tersebut YBhg Datuk Harun turut meyampaikan bantuan alat tulis kepada SK Dandun.
SOGDC juga membuka booth pameran untuk berkongsi maklumat tentang inisiatif dan peluang yang ditawarkan dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua yang hadir.