Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC)
14 Oktober 2025 | Istana Seri Kinabalu
Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang diketuai oleh bekas Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC, Datuk Harun Ismail,JP.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Tuan Mohd Azmir bin Datuk Ramli, bersama-sama barisan pengurusan tertinggi SOGDC.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun atas sokongan, bimbingan serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh tiga tahun perkhidmatan Datuk Harun di SOGDC.
Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan baharu, Tuan Mohd Azmir bin Datuk Ramli, kepada Tuan Yang Terutama Tun, di samping memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara SOGDC dan Istana Negeri Sabah.
Kunjungan ini juga memberi kesempatan kepada pihak SOGDC untuk memaklumkan perkembangan terkini, inisiatif, dan usaha berterusan dalam memajukan industri minyak, gas, serta industri berat di Sabah.