Sipitang – Pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC), YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya telah mengadakan lawatan kerja pertama ke Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) pada Rabu 4 Februari 2026 bagi meninjau perkembangan pesat industri hiliran sektor minyak dan gas di Sabah.
 
Lawatan ini merangkumi beberapa tapak projek utama termasuk Esteel, MOLF, PFLNG 3 Sdn. Bhd. (ZLNG), PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn. Bhd. (SAMUR) dan Sipitang Utilities Sdn. Bhd. (SUSB).
 
Turut hadir ialah Datuk Dr. Yusof Yacob, Pengerusi Sabah Development Berhad, serta barisan pengurusan kanan SOGDC yang diketuai oleh Mohd Azmir Ramli, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC bersama syarikat-syarikat berkaitan.
Hadir sama menyampaikan taklimat ialah wakil pengurusan tertinggi PETRONAS Sabah yang diketuai oleh Pn. Siti Ayu Haniza A. Wahab, Pengurus Besar, Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah & Labuan.
 
Lawatan ini bertujuan menilai pertumbuhan industri serta mengenal pasti potensi baharu yang boleh dibangunkan dengan penglibatan rakyat Sabah, sejajar dengan pelaksanaan Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0, demi memastikan manfaat berterusan kepada ekonomi tempatan.