12 Mac 2026 | Majlis Berbuka Puasa SOGDC.
Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang penuh keberkatan, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim antara barisan kepimpinan dan seluruh warga kerja syarikat.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Pengerusi SOGDC, serta YBhg. Mohd Azmir bin Datuk Ramli, Pengarah Urusan SOGDC. Turut hadir ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan serta kakitangan SOGDC yang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk berbuka puasa bersama, malah menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan serta menghargai sumbangan seluruh warga kerja dalam memacu kecemerlangan organisasi.
Semoga nilai kebersamaan dan semangat Ramadan yang dizahirkan melalui majlis ini terus menjadi inspirasi kepada SOGDC dalam memperkukuh pembangunan industri minyak dan gas serta industri berat, di samping menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.