Majlis Makan Malam SOGDC Bersama Pemegang Taruh telah berlangsung  pada 8 November 2025 (Sabtu) dengan sederhana namun bermakna. Majlis ini menjadi wadah memperkukuh hubungan silaturrahim serta menghargai kerjasama erat antara SOGDC dan para pemegang taruh dalam menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan di SOGIP. 
 
Majlis ini juga diadakan bagi meraikan kejayaan pelaksanaan projek penyambungan bekalan elektrik untuk lampu jalan serta ulang tahun pertama penyalaan lampu jalan di kawasan SOGIP, yang merupakan salah satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh infrastruktur dan keselamatan kawasan perindustrian tersebut. Pada pagi hari yang sama, turut diadakan Acara Networking Golf bertempat di Bongawan Golf Resort, yang menghimpunkan para pemegang taruh dan rakan strategik dalam suasana santai bagi mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama antara semua pihak. 
 
Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada semua tetamu kehormat yang hadir, termasuk Yang Berusaha Puan Zuraini binti Jamin, Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan), mewakili Yang Berbahagia Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), agensi keselamatan, rakan strategik, serta seluruh warga kerja SOGDC.
Majlis turut diserikan dengan ucapan penuh bermakna daripada Tuan Yakob Mahmood, Ketua Pegawai Operasi, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kedua-dua acara ini.
Semoga kerjasama dan semangat kebersamaan ini terus mekar dalam usaha membangunkan SOGIP dan memacu kemajuan industri di Sabah.