11 September 2025, berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) dan PFLNG 3 Sdn Bhd di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP).
Acara dimulakan dengan doa selamat, diikuti ucapan alu-aluan oleh Datuk Harun bin Ismail (MD/CEO SOGDC), ucapan oleh En. Azrul Roshazli Abdul Rahman (CEO PFLNG 3 Sdn Bhd), ucapan oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rahman bin Dahlan (Pengerusi SOGDC) serta ucapan oleh YB Datuk Phoong Jin Zhe (Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah).
Majlis kemudian diteruskan dengan sesi menandatangani perjanjian, pertukaran cenderahati, bergambar beramai-ramai, serta jamuan ringan.
Delegasi turut berpeluang melawat beberapa fasiliti strategik di SOGIP, antaranya:
- Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd – Green Steel
- PFLNG 3 Sdn Bhd – Nearshore LNG Facility
- PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd – Ammonia & Urea Plant
- Sipitang Utilities Sdn Bhd – 52 MW Power Plant
- Petroventure Energy Sdn Bhd – Petroleum Oil Storage & Refinery Plant
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin pembangunan industri minyak & gas di Sabah, sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi untuk rakyat negeri ini.