23 Julai 2025

Dewan SMK Pengiran Omar 2, Sipitang

Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) telah mengambil bahagian dalam PROGRAM MYSMJ KERJA: KARNIVAL KERJAYA DAERAH SIPITANG, di mana YBhg. Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC telah dijemput sebagai Speaker Jemputan bagi sesi pleno bertajuk:

“Pelaburan: Kuasa Pembaharuan Ekonomi”

Sesi ini memberi pendedahan kepada pelajar, pencari kerja serta masyarakat setempat mengenai peranan pelaburan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri, serta peluang yang diwujudkan melalui pembangunan sektor minyak dan gas di Sabah.

SOGDC amat berbangga dapat menyokong usaha pembangunan modal insan dan pemerkasaan kerjaya belia melalui kerjasama strategik bersama pelbagai agensi.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini!