SOGDC dan JETAMA hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka pembangunan sistem bekalan air industri untuk menyokong perkembangan SOGIP.
Majlis ini disaksikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.
Kerjasama ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh infrastruktur SOGIP dan menyokong pembangunan industri jangka panjang.
